Arsenal Journey 2010/2011

Arsenal Journey 2010/2011
Arsenal 0 vs Man City 0

Thursday, December 17, 2009

Takaful

PENGERTIAN TAKAFULTakaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibahCIRI - CIRI TAKAFUL
Sistem IslamSumbangan At-Tabarru'atPelaburan halalMajlis Pengawasan SyariahTiada unsur ribaTiada unsur maisir (Judi)Tiada unsur gharar (Tidak jelas)Al-mudharabah (Perkonsian untung) Sistem Islam
Konsep insurans iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji) Sumbangan At-Tabarru'at Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara iklas,.
Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan Dalam industri Takaful, At-tabarru'at yang diperkenalkan ialah Al-tabarru'at yang bersyarat.Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut Pelaburan Halal
Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan SyariahBentuk pelaburan; Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan). Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah). Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil). Harta bangunan. Pembiayaan perumahan. Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah). Ada Majlis Pengawasan Syariah Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):-"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan" Tiada Unsur Riba
Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensionalUnsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam. Tiada Unsur Maisir (Judi)
Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana: Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the insured event) tidak berlaku. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima. Tiada Unsur Gharar (Tidak Jelas) Maksud Gharar ialah "Ketidakpastian". Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah :"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu: Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan Tidak diketahui kadar bayarannya Tidak diketahui bila masanya Al-Mudaharabah (Perkongsian Untung)
Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat. Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat ContohNisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat KEUNTUNGAN MENYERTAI TAKAFUL
Menegakkan sistem muamalah Islam Mendapat skim perlindungan melalui pelan takaful. Mendapat pulangan melalui perkongsian untung Keuntungan Pelaburan semasa tempoh takaful ( iaitu dari akaun peserta (AP)) Keuntungan pelaburan selepas tempoh takaful (iaitu dari akaun Khas Peserta (AKP)) Nisbah Mudharabah - Bergantung 50:50 ; 80:20 diantara peserta dan syarikat

Saturday, December 12, 2009

Selamat semua ok!



Assalamualaikum...



1st time pergi Jakarta-Bandung 10-15 Oktober, 2009. Memang plan pergi 8 org & siap booking tiket Airasia Febuari 2009.Yg best dapat harga RM86 pegi balik sorang.
Bulan September pulak ada berita dari Indonesia kes Buluh Runcing, gempa kat Padang & Nordin Mat Top.Emm...risau gak.Terfikir juga, kawan-kawan tak jadi nak pergi, macam-macam la.Masuk je Oktober, sorang-sorang kawan sms tak jadi pergi.Sudah la tiket & hotel dah booking, kawan buat hal pulak.Macam mane ni? Tapi selamat la 2 orang yang jadi.Tapi itu pun berat hati jer.
Sebelum pergi, banyak gak tanye kawan yg dah pergi sana.Banyak yang cakap bahaya pergi sana.Aduuuhh....sabar je la.Macam ni? Malam tu sempat gak solat hajat,harap sume selamat pergi sana.Hati ni memang nak pergi gak sana, sebab rasa rugi kalo batal.Risau gak,tapi terfikir gak macam mana nak yakin kan 2 orang kawan lagi ni.Tiap-tiap malam memang tengok je berita pasal orang seberang..memang boikot anti Malaysia jalan gak...mangsa gempa Padang pun belum habis lagi.Satu lagi kes Nordin Mat Top.Macam tak jadi jer ni nak pergi sana..


Tapi tak per, tawakal jer..


bersambung..........


Wednesday, December 9, 2009

123...

Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana)yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah yang ditadbir oleh Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan bagi kawasan perbandaran ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah adalah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Manong, Sauk, Karai, Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar.
Aktiviti ekonomi utama adalah terdiri daripada aktiviti pertanian.
Terdapat 9 buah Mukim di dalam kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu:

Mukim Chegar Galah
Mukim Kota Lama Kiri
Mukim Lubok Merbau - ni la kg aku
Mukim Kampung Buaia
Mukim Senggang
Mukim Sayong
Mukim Kota Lama Kanan
Mukim Sungei Siput
Mukim Pulau Kemiri